31 Mei (Selasa) Frankfurt ke Fussen ke Innsbruck
Alhamdulillah, pagi di sini sungguh nyaman sekali. Lokasi kem yang bersebelahan tasik menambahkan lagi kedamaian bagi penghuninya. Masa yang terluang ini aku berkesempatan mengecas bateri
netbook dan kamera di khemah utama. Khemah utama seakan-akan khemah
rewang inilah yang pertama akan didirikan oleh krew sebaik tiba di
campsite. Di situlah aktiviti masak-memasak dan beratur mengambil makanan diadakan dengan meriahnya. Juga diletakkan di situ
extension sockets yang memang mencukupi untuk kegunaan ahli rombongan mengecas gajet-gajet mereka.
 |
Pandangan dari dalam khemah |
Dijadualkan kami akan bergerak dari
campsite pada jam 9 pagi. Namun segalanya bergantung kepada bas yang dihantar untuk
repair semalam. Sementara menunggu bas tiba aku lihat ahli-ahli rombongan baik dari Bas 1 mahupun Bas 2, semuanya begitu cepat kalau bab-bab mengemas. Padang yang dipenuhi khemah-khemah sekejap saja sudah
clear macam padang jarak padang tekukur.
 |
Sir Fauzi bergotong-royong merobohkan khemah |
 |
Mari-mari! Car-boot sales baik punya.. |
 |
Student tua dan muda menunggu kemunculan duyung |
 |
Bas belum datang posing dululah! |
 |
Bas dan penumpang perlu diservis.. |
Kami mula bertolak meninggalkan
campsite pada jam 10.30 pagi. Perjalanan menuju ke Fussen dianggarkan selama 4 jam. Tidur pun enak ni.. Sesedar aku bas sudah mahu berhenti di stesen R&R. Jam menunjukkan pukul 1.50 petang menandakan waktu yang sesuai untuk menyantap. Ramai-ramai begini seronok makan bertebaran sambil berbual-bual berkenalan lebih rapat. Sempat juga aku berkenalan dengan cikgu Zainal sekeluarga termasuklah anaknya Ramizah. Cikgu Zainal adalah bekas pengetua rakan aku Ustaz Sharizal semasa sekolah di Labuan dahulu. Aku juga sempat berbual-bual dengan bonda kepada Husni yang sekeluarga mereka datang dari Pahang. Adik beradik Husni berjaya belaka, seronok mendengar ceritanya.
 |
Tengok saja belinya tidak |
 |
Kedai kopi yang bersepah di mana-mana |
 |
Snek pengejap perut di dalam bas |
Selesai segalanya kami meneruskan perjalanan menuju ke Fussen. Perjalanan melalui kaki pergunungan sememangnya sangat lawa. Kami juga menyusuri pekan-pekan yang sungguh nyaman dan permai.
 |
Benda apakah ini? |
Kami tiba di Fussen pada jam 4.20 petang. Pemandangan di kaki-kaki gunung sunguh cantik diiringi hujan yang turun rintik-rintik melembapkan suasana. Di sini kami akan mendaki gunung untuk melawat istana
Neuschwanstein. Istana yang dibina bermula tahun 1869 ini diarahkan oleh Raja Ludwig II telah menjadi inspirasi pembinaan Istana Sleeping Beauty Disneyland. Kami bersesak-sesak menaiki bas ke puncak. Untuk ke puncak, para pengunjung boleh berjalan kaki, menaiki kuda atau bas.
 |
Para penunggu istana |
 |
Sejuk terketar |
 |
Pelajar sekelas dengan Harry Porter |
Untuk melihat istana dengan jelas pengunjung perlu menaiki sebuah jambatan gantung. Jambatan yang merintangi sebatang sungai itu menjadi
port untuk ber
posing gambar membelakangi istana. Selesai bergambar kami menuju ke persekitaran istana. Hujan yang turun sedikit membantut pergerakan kami, namun ia tidak menghalang kami menikmati suasana di situ. Aku sempat menikmati secawan coklat panas dan sepotong kek. Menariknya cawan yang dicetak dengan gambar istana itu boleh terus dibawa pulang sebagai cenderahati setelah selesai minum.
Selesainya semuanya kami kembali turun menaiki bas. Perjalanan kami diteruskan menuju Innsbruck. Pemandangan di sepanjang perjalanan ke Innsbruck sungguh mengagumkan. Deretan bukit bukau yang menghijau dan rumah-rumah yang dibina di kaki bukit sungguh mempesonakan. Masih menjadi tanda tanya pada aku ialah binaan kecil yang banyak terbina di persekitaran bukit-bukau itu. Apakah ia rumah, bangsal atau kandang lembu atau kuda?
 |
Pemandangan yang damai |
Di samping bukit-bukau terdapat banyak sungai dan tasik kelihatan sana sini. Subhanallah sungguh lawa ciptaanNya. Ada juga tasik yang hijau airnya.
 |
Hijau airnya |
Kami memasuki Austria dan melalui pekan-pekan kecil dalamnya. Pekan-pekannya sungguh tenang. Tertanya-tanya juga aku ke mana hilangnya penduduk-penduduk di situ. Deretan kereta memenuhi ruang di segenap pekan dan rumah tetapi orangnya tiada. Begitu juga dengan rumah-rumahnya yang pintu dan tingkapnya terbuka, tetapi kelibat penghuninya tiada. Musykil juga aku. Aini sempat mengira orang-orang di situ yang kelihatan bilangannya tidak sampai 8 orang.
Twilight Zone kah?
Kami tiba di
Oberland Camping Centre, Haiming Austria kira-kira jam 8.30 malam. Sepanjang perjalanan tadi awan mula gelap mengandung air. Setiba kami di kem hujan mula turun. Berlumba-lumba kami memasang khemah dalam hujan. Acara yang sungguh mencabar menyebabkan khemah aku agak senget. Mujurlah Shaiful datang membantu menegakkan semula.
Selesai makan teringin pula aku hendak mencuci pakaian di dobi. Rupanya sudah ramai beratur panjang. Di situ meriah dengan fatwa masing-masing cara menggunakan mesin-mesin basuh. Memandangkan kami semua orang Malaysia dan mesin basuh pula berbahasa Jerman, maka kami membasuhnya ikut cara Malaysia.. Selesai sidai pakaian, aku kembali ke khemah. Bagi aku pengalaman tidur dalam khemah ketika hujan ini amat menarik. Alhamdulillah
sleeping bag menyenyakkan aku.
No comments:
Post a Comment