Tuesday, October 23, 2012

Hari Pertama di Korea : Seoul

Kami mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon pada jam 6.20 pagi waktu Korea. Waktu Korea hanya cepat sejam berbanding waktu Malaysia maka tidak perlu aku membetulkan jam di tangan. Sementara menunggu tour guide tiba kami bermundar-mandir di dalam lapangan terbang yang terbesar di Korea dan antara yang tersibuk di dunia itu. Lapangan terbang ini dinobatkan yang terbaik di dunia selama tujuh tahun berturut-turut dari 2005-2012 oleh Airports Council International. Melayani kelelahan sempat aku melelapkan mata sambil berbaring di kerusi untuk pengunjung melepak.

Lina pula kelihatan agak sibuk mengemaskini kedudukan lokasi kami kepada tour guide kami Azri namanya. Sejak dari Malaysia lagi memang Lina yang berhubungan dengan Azri dan segala itinerary kami di Korea ini diuruskan oleh Lina. Bak kata Linalah project manager bagi tour ini. Tidak lama kemudian tibalah Azri seorang anak muda dari negeri Pahang yang sedang belajar di Korea dalam bidang kejuruteraan. Azri yang sebaya dengan adik aku Nazim dan Alang amat aku kagumi semangat keusahawanannya di usia muda. Bijak dia mengatur masa bersama rakan-rakannya untuk menjalankan perniagaan sambil belajar melalui page `Muslim Tour in Korea' di Facebook.

Seusai sesi taaruf ringkas terus Azri ke kedai berhampiran untuk membelikan kami sarapan pagi. Gaya tenungan dan belekannya pada tulisan berbahasa Korea pada bungkusan makanan dan menu di dinding kedai Dunkin Donut itu membayangkan aku kesukaran untuk mencari makanan halal di sini. Aku percaya Azri boleh mengatasi kesukaran yang bermain di fikiran aku itu. Itulah pentingnya menggunakan khidmat `perantara' yang fasih dengan kehidupan di tempat baru yang kita lawati.

Azri membelikan kami doughnut dan air mineral sebagai sarapan pagi yang mula sibuk dengan orang yang lalu-lalang di situ. Aku tiada masalah untuk menjamah doughnut sebagai sarapan. Sememangnya doughnut menjadi kegemaran aku sejak kecil lagi tambahan pula yang dimasak oleh emak.

Kami membuat keputusan untuk menyimpan saja beg-beg kami di airport memandangkan masih terlalu awal untuk check-in di penginapan dan setelah beberapa pertimbangan dibuat atas faktor logistik. Seterusnya kami terus menaiki tren yang seakan-akan LRT di Kuala Lumpur dan bertukar menaiki bas untuk menuju ke destinasi pertama kami ke N Seoul Tower. Sepanjang kami di Korea ini kami akan menggunakan pengangkutan awam seperti bas dan tren sebagai medium pengangkutan utama untuk menuju pelbagai destinasi.

Bas yang membawa kami menurunkan para penumpang di perhentian terakhir untuk mendaki Gunung Namsan ke N Seoul Tower. Para pengunjung boleh juga menaiki kereta kabel untuk sampai ke puncak gunung untuk ke menara tersohor di Korea itu. Angin yang menyejukkan suasana dapat mengimbangi kelelahan kami mendaki ke tapak menara di puncak gunung itu.
Di dataran kaki menara itu terdapat banyak kedai menjual makanan serta persembahan nyanyian secara terbuka kepada para pengunjung. Kami menaiki tangga untuk sampai ke dataran kecil yang terdapat ribuan mangga atau pedal ayam yang tersusun digantung rapi. Mangga-mangga ini digantung oleh para pengunjung dengan sisipan nota-nota cinta, wish lists dan sebagainya.

Pedal ayam tergantung dengan nota-nota cinta 
Kami kemudian dibawa menaiki lif dan Azri membawa kami memasuki Muzium Teddy Bear pula. Muzium ini menceritakan sejarah Seoul dari dahulu sehingga sekarang dengan menggunakan teddy bear. Sejarah ini dipaparkan dengan cara yang kreatif, inovatif serta menghiburkan untuk melihat perubahan yang dialami Seoul mencapai kemajuan sebagai sebuah kota yang pesat. Di sini patung-patung teddy bear digayakan dengan pelbagai bentuk untuk menggambarkan sejarah Seoul dahulu sehinggalah pada segenap aspek kehidupan sekarang. 


Kami menaiki lif lagi untuk ke dek panorama di menara ini untuk melihat seluruh bandaraya Seoul. Di sini terdapat kedai cenderamata yang sekadar hanya untuk menghiasi pandangan kami kerana Azri telah memberitahu terdapat port yang amat sesuai dengan bajet kami di luar sana.


Puas dengan pemandangan kota Seoul dari menara itu kami mula turun untuk mencari makan mengisi perut yang sudah mula meminta-minta. Azri membawa kami ke Itaewon. Pekan itu terkenal dengan pusat perniagaan warga asing menjalankan perniagaan terutamanya restoran. Di situ terdapat pelbagai restoran menyediakan makanan antarabangsa seperti dari India, Pakistan, Mesir, Turki, Thailand dan Mexico. Kami singgah di restoran Taj Palace setelah disapa mesra oleh pemiliknya. Restoran masakan India itu menyediakan menu nasi yang boleh diterima selera. Alhamdulillah!



Selesai mengisi perut kami berjalan kaki menuju masjid yang terletak di kawasan agak tinggi di pekan Itaewon. Di sinilah terletak Seoul Central Mosque yang menjadi kebanggaan warga Islam Korea khususnya dalam menghubungkan silaturrahim dan menjalankan aktiviti dakwah. Aku melihat ada beberapa orang pendakwah berketurunan Arab yang fasih berbahasa Korea dalam menyampaikan dakwah kepada penduduk tempatan. Kagum aku dengan semangat jihad mereka. Semoga Allah merahmati mereka dan membuka hidayah pada semua menerima keindahan Islam.






Setelah puas berjalan kami balik ke airport untuk mengambil beg-beg yang ditinggalkan di sana. Kemudian Azri membawa kami pulang untuk berehat di penginapan berbentuk apartment yang selesa untuk tidur dengan nyenyak. Cuaca di luar sana amat dingin dan sejuk bagi aku yang berkulit nipis ini. Mujur ada heater di dalam bilik yang boleh menghangatkan suasana. Kami perlu berehat untuk meneruskan perjalanan ke Pulau Jeju pula esok pagi..



9 comments:

  1. salam..bleh x dapatkan nmber contact email azri tu? can email to me yusfahanis@gmail.com. tq

    ReplyDelete
  2. SALAM .. sy pun nak email contact azri.. my email: ladyh3art7@gmail.com

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,azri tu student sana ke?nak emel boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.. Ya dia ex-student sana. Ok beri emel cik :)

      Delete
  4. Assalamualaikum,
    Maaf kerana permintaan ini tidak berkaitan dengan entri di atas. Saya ada terbaca dalam entri tuan yang terdahulu berkenaan pakej lawatan ke stonehenge. Jika tidak keberatan, mohon bantuan tuan untuk berkongsi no contact orang yang menguruskan pakej tersebut. email saya: ikhone10@gmail.com. terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam En. Ikhwan,

      Saya telah emel.

      Terima kasih!

      Delete
  5. assalam...boleh emel sy contct azri tu ni emel sy emy_jazs@yahoo.co.uk..terima kasih

    ReplyDelete