![]() |
Dari Gimpo ke Pulau Jeju |
Sementara menunggu pelepasan pada jam 10.50 aku menghabiskan masa dengan melelapkan mata, minum kopi dan melayari internet. Petikan di keyboard yang menghasilkan input bertulisan Korea pada mulanya memang memeningkan aku namun setelah dicuba-cuba aku berjaya juga menukarkannya kepada huruf Roman.
![]() |
Melayari internet percuma |
Dalam kelapangan masa yang ada aku pergi ke kaunter penerbangan Eastar Jet untuk bertanyakan waktu yang sesuai untuk kami check-in. Tidak semena-mena terus gadis kaunter melahirkan wajah terkejutnya menyuruh kami check-in segera. Rupa-rupanya kami tersalah tengok waktu pelepasan di itinerary. Waktu pelepasan sebenarnya jam 9.45 pagi, bukannya jam 10.50 pagi. 10.50 pagi ialah waktu ketibaan di Jeju! Maka kelam-kabutlah kami bergegas untuk check-in..
Alhamdulillah kami selamat tiba di Pulau Jeju setelah penerbangan selama sejam lima minit. Kami disambut oleh Uncle Koo pemandu yang akan membawa kami bersiar-siar di Pulau Jeju ini dengan kenderaan MPV Kia Carnival. Keramahannya berbahasa Inggeris ala-ala kadar membuatkan kami selesa berinteraksi dengannya.
Setelah tiba di penginapan Yeha Guesthouse kami memohon izin untuk meletakkan barang-barang dahulu kerana waktu masih awal untuk check-in sementara kami keluar untuk bersiar-siar dan makan tengahari. Uncle Koo membawa kami ke pekan untuk menunjukkan gambaran awal suasana Cherry Blossom di Jeju. MasyaAllah! Sungguh indah melihat bunga-bunga yang berkembang segar.
Kami meneruskan perjalanan ke Restoran Bagdad untuk mengisi perut makan tengahari. Restoran yang disaran oleh Kak Mas ini menyediakan masakan India yang sudah tentunya menghidangkan nasi. Alhamdulillah hidangan tengahari di situ aku rasakan amat enak bagi perut yang sudah rindukan nasi.
Selesai menjamu hidangan tengahari kami meneruskan perjalanan ke destinasi pertama untuk melawat Osulloc Jeju Tea Garden. Di dalam kompleks ini terdapat beberapa jenis teh yang dipamerkan serta dijual untuk para pengunjung. Ringkasnya di sini menyediakan segala maklumat berkenaan teh seperti teh Hijau, teh Lemon, teh Barli, teh Ginseng, produk berasaskan bijirin dan sebagainya.
Seterusnya Uncle Koo membawa kami ke Jeju Glass Art Castle. Ia merupakan taman tema yang menzahirkan kesenian kaca di dewan utama, taman dan model-model yang kesemuanya dibuat dari kaca. Di sini terdapat bola kaca terbesar di dunia, tasik cermin dan juga jambatan kaca. Dipamerkan juga hasil kerja seni dari artis-artis terkemuka dunia dari Itali, Czech, Jepun dan sebagainya. Para pengunjung juga berpeluang untuk merekabentuk kaca, membuat belon kaca juga botol kaca.
![]() |
Bilik kaca dilimpahi lampu biru |
Seterusnya kami singgah di Soingook Theme Park. Taman tema seluas 20,000 meter persegi ini mengandungi pelbagai model-model mini yang diinspirasi dari binaan-binaan termasyhur seluruh dunia seperi Menara Eiffel di Perancis, Piramid di Mesir, Taj Mahal di India, Istana Buckhingham di England, Menara Condong Pisa di Itali dan sebagainya. Terasa bangga juga aku apabila replika Masjid Ubudiah di Kuala Kangsar turut dibina di taman tema ini.
![]() |
Sydney Opera House |
MIB |
![]() |
Keluarga `sihat' di Jambatan Seonimgyo |
Waktu mula menghampiri senja. Kami bergerak pulang melalui satu kawasan tanah tinggi yang dinginnya mula meresapi hingga ke tulang. Puncak tertingginya setinggi 1100 meter dipercayai puncak tertinggi yang dilalui jalan raya di Pulau Jeju ini.
![]() |
Meletakkan kepercayaan kepada penghuni untuk membayar pada esok pagi |
Kesemua rakan-rakan sepengembaraan keluar untuk menikmati malam terakhir Jeju Cherry Blossom Festival yang berlangsung selama tiga malam. Aku membuat keputusan untuk menyelesakan diri dengan merehatkan badan di ruang tamu. Mereka bergambar sakan di pesta yang menghidangkan keindahan pelbagai jenis bunga di musim cherry blossom ini.
Sebelum masuk tidur kami menjamu selera dengan nikmatnya mi segera yang dimasak Adinda Elin dan Kak Mas. Suhu yang dingin dipanaskan dengan teh panas yang ummph dan sesi perbualan ringkas dengan tetamu-tetamu dari Jerman yang turut sama mengisi perut.
As salam. Tiket ke jeju beli sendiri ke dan mcm mana nak ctc azri tu
ReplyDeleteW'salam.. Tiket ke Jeju kami beli sendiri. Untuk maklumat contact Azri boleh puan berikan emel puan supaya saya dapat menghantarnya melalui emel. Terima kasih!
Delete