Tuesday, June 28, 2011

Hari kedua di UK : Windsor Castle - Stonehenge - Bath - Cotswolds - Stratford-upon-Avon - Warwick - Oxford

27/6/2011 Jumaat

Pagi ini kami berkenalan pula dengan Kak Mas & Abg Zainal. Kenalan online Sue dari Kedah yang menempah pakej lawatan kami sehari ke beberapa tempat menarik di England. Selesai sarapan, pemandu kami Bro Khubaib seorang warga Malaysia sudah menunggu di MPV Renaultnya. Acara bersiar-siar pada hari ini akan disertai oleh kami berenam tidak termasuk Aini dan Yuyu yang mempunyai agenda tersendiri.

Lebih kurang pukul 7.30 pagi kami bergerak menuju ke destinasi pertama, Windsor Castle. Perjalanan ke Windsor Castle mengambil masa kira-kira sejam setengah. Sepanjang perjalanan kami rancak berbual, berta'aruflah katakan. Bro Khubaib menetap di England untuk menemani istrinya menamatkan pelajaran. Beliau mengambil masa-masa yang terluang untuk membawa pelawat-pelawat dari Malaysia khususnya untuk berjalan-jalan sekitar UK.

Menurut perancangan yang dibuat oleh Kak Mas dan Sue, hari ini kami akan melawat tujuh tempat. Hah! Tujuh tempat dalam sehari? Syarat yang diberikan oleh Bro Khubaib ialah hanya 30 minit diperuntukkan untuk menyelesaikan segala urusan sebagai seorang pelancong di sesuatu persinggahan. So, hurry up!

Windsor Castle ialah tempat penginapan keluarga diraja sejak 900 tahun yang lalu. Ia adalah istana tertua di dunia yang masih dihuni dan masih menjadi kediaman rasmi Queen Elizabeth II. Seterusnya kami menuju ke Stonehenge. Ia merupakan satu monunem pra-sejarah yang popular di dunia. Cerita mengenai kewujudan batu-batu gergasi di situ masih kekal misteri sehingga hari ini. Semuanya tersimpan rapi di dalam rahsia Yang Maha Mencipta batu-batu itu. Tiada apa yang ada di taman itu melainkan hanya rumput dan batu.

Menunggu Queen menjemput masuk

Bermain Batu Seremban menggunakan Stonehenge

Selesai bergambar sakan di situ kami meneruskan perjalanan ke Bath. Walaupun perjalanan dari satu destinasi ke destinasi lain mengambil masa antara sejam hingga sejam setengah namun perjalanan kami tidak membosankan kerana dihidangkan dengan pemandangan yang cantik. Lapangan hijau yang sungguh menyejukkan mata ditambah pula dengan nyanyian Opick yang berputar di CD Player kereta Bro Khubaib yang menyejukkan telinga.

Bath adalah tapak warisan dunia dan sebuah bandar Georgian yang cantik dengan senibina yang begitu mengagumkan. Antara senibina yang masih wujud ialah Roman Bath iaitu tempat mandian dan spa tinggalan warga Rom dahulu. Seterusnya kami ke Cotswolds sebuah kawasan yang begitu menenangkan seolah-olah membawa kami ke kurun 18-19 England. Masih terdapat binaannya yang menggunakan dry-stones bercantuman tanpa mengunakan simen.



Bila perut kelaparan mulalah kami berpusing-pusing mencari kedai untuk makan tengahari. Menurut Khubaib agak sukar mencari kedai kebab di sini dan akhirnya kami singgah di sebuah pasaraya untuk membeli roti dan buah-buahan segar. Maka berkendurilah kami di dalam kereta.
Menu lunch dalam kereta

Kemudian kami menuju ke Stratford-upon-Avon. Ia lebih dikenali kerana tempat kelahiran sasterawan Inggeris William Shakespeare. Kami juga melawat rumah isterinya Anne Hathaway yang tidak jauh dari tempat kelahirannya.


Seterusnya kami menuju ke Warwick (Listeni /ˈwɒrɪk/ worr-ik) untuk melawat Warwick Castle. Perjalanannya menjelajahi kampung dan pekan-pekan kecil. Seterusnya kami memasuki lebuhraya mengingatkan aku lebuhraya PLUS ditambah pula dengan pemanduan stereng di sebelah kanan juga seperti di Malaysia. Kami singgah di sebuah R&R untuk solat jamak Zuhur dan Asar. Bertuahnya kita di Malaysia kerana hampir setiap R&R dan stesen minyak mempunyai surau. Namun jangan haraplah untuk menemuinya di sini. Solatlah di mana-mana yang boleh, atas jalan, atas padang atau dalam kereta. Botol-botol air yang banyak kelihatan di belakang MPV Khubaib rupanya disimpan untuk beristinjak dan membasuh kaki ketika berwudhu'.


Kami meneruskan perjalanan ke Oxford. Kami tiba ketika hari bakal senja. Seriuh burung-burung berkicauan pulang ke sarang, riuh rendah jualah para muda mudi Oxford keluar untuk pesta malam minggu barangkali. Selesai bergambar kami mula bergerak pulang ke London.



Kami tiba di kawasan Edgware Road kira-kira jam 10 lebih. Singgah sebentar di salah satu kedai makanan Arab di situ untuk membungkus kebab (kebab lagi) dibawa pulang ke rumah. Makan dengan kenyang untuk bangun dengan persediaan rapi esok untuk menjelajah Eropah. Alhamdulillah!
Perjalanan seharian Kak Mas' Tour

6 comments:

  1. Replies
    1. Kak Mas adalah rakan kami yang turt serta dalam tour ini. Dia yang menyusun dan merancang tour seharian di UK ini. Bro Khubaib yang menjadi pemandu kami menurut itinerary yang direka oleh Kak Mas! :)

      Delete
  2. Nak tya bro khubaib masih jadi tour guide?

    ReplyDelete
  3. Assalam..saya saniah maaf saya xde blog..
    boleh saya minta email kak mas atau bro khubaib? Kami akan ke sna awal spring nanti..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Pn. Saniah,

      Kak Mas adalah rakan kembara kami dan Bro Khubaib pun sudah pulang ke Malaysia.

      Untuk tour UK mungkin puan boleh minta khidmat nasihat Hairul di info[at]kelanaconvoy.co.uk

      Selamat mengembara!

      Delete
  4. Untuk tour di England dan UK seperti di atas boleh hubungi Bro Meor dan Bro Kahar di Jalan Kota London@facebook
    Atau lawat blog mereka :
    www.uklondonhomestay.blogspot.uk

    ReplyDelete