Monday, June 27, 2011

Conquest of Europe 2011

26/5/2011 Khamis

Alhamdulillah pagi ini aku rasakan segar setelah 2-3 hari sebelum ini aku mengalami batuk-batuk dan rasa tidak sedap badan, mungkin petanda aku akan mengalami demam, selsema atau batuk. Tapi pagi ini alhamdulillah dengan semangat yang berkobar-kobar aku bersama isteri, Lin keluar dari rumah jam 7.20 pagi untuk memandu ke KL Sentral. Terima kasih Ela yang sudah menunggu di ruang Pelepasan untuk membawa keretaku pulang untuk disimpan di pejabat. Semasa menyerahkan kereta aku memberitahu Ela bahawa adikku Basit akan mengambil kereta di pejabat selang beberapa hari kelak untuk kegunaannya seharian.

Tidak lama di ruang check-in ini Lina pun datang untuk bersama-sama check-in penerbangan MH004 ke London yang bakal bertolak pada jam 10.05 pagi. Selesai sarapan kami menaiki KLIA Ekspres dan tiba di KLIA jam 9.00 pagi. Beberapa kali Aini dan Yuyu yang sudah tiba di KLIA menelefon kami bertanyakan lokasi kami. Risaukan kami yang masih belum muncul. Di dalam tren sempat aku menelefon mak dan bapak untuk mendoakan kesejahteraan kami di sana.

Setelah tiba di KLIA kami segera bergegas untuk melepasi segala pemeriksaan. Mujurlah segalanya berjalan lancar dan alhamdulillah pesawat kami selamat berlepas walaupun lewat 10 minit dari jadual.

Di dalam pesawat dalam diam-diam kondisi tubuh badan aku mula berubah. Aku mengalami demam yang agak teruk hinggakan 2 kali aku meminta paracetamol daripada pramugari yang budiman. Bukan setakat itu, tanpa dipinta beliau juga membawa karung plastik berisi ais untuk ditelap pada dahiku. Sungguh istimewa layanan MAS. Seiring dengan slogan Malaysian Hospitality yang dibawa mereka. Syabas!


Magnum mungkin boleh mengubat demam aku

Perjalanan yang mengambil masa kira-kira 13 jam 20 minit itu benar-benar aku rasakan begitu lama. Lebih kurang jam 4.14 petang waktu London kami selamat mendarat di Terminal 4 Lapangan Terbang Heathrow. Jam di tangan harus disesuai menurut waktu London, yang 7 jam lewat dari waktu Kuala Lumpur.

Alhamdulillah perjalanan kami dipermudahkanNya. Tiada masalah untuk pelepasan di kaunter imigresen. Pegawainya pula seorang Muslimah bertudung. Berjalan kami menuju ke ruang ketibaan dan kelihatan seorang lelaki yang memegang placard tertera nama aku. Kami terus menuju kepadanya. Seingat aku Robert namanya. Beliau seorang warga Sri Lanka yang akan memandu teksi membawa kami pulang ke Apartment Kak Umi, penginapan kami sepanjang berada di London.

Tempahan teksi yang dibuat secara online aku rasakan sungguh efisyen kerana tanpa sebarang emel mahupun telefon sudah tersedia pemandu itu pada waktunya. Sepanjang perjalanan pemandunya lebih selesa mendiamkan diri, cuma aku yang terlebih rajin mengajaknya berbual.

Pose pertama di Heathrow

Penumpang di belakang, Lin, Lina, Aini dan Yuyu tidak rancak berbual. Kaget dengan kotaraya London agaknya. Lebih kurang sejam kami tiba di Church Street di Edgware Road namun berpusing-pusing juga teksi MPV ini mencari lokasi. Setelah dihubungi Kak Umi akhirnya kami tiba di deretan rumah kedai. Kak Umi sudah menunggu kami di tepi jalan apartmentnya berhadapan dengan Tesco Stores ala-ala mini market.

Setelah selesai memunggah barang dan solat, aku mula membelek-belek kamera yang akan memulakan tugas rasminya esok hari. Oh tidak! kit-lens rosak. Fungsi auto-focus tidak berfungsi baik. Mujurlah aku ada membawa lensa tambahan tapi 50mm..

Malamnya kami mula berkenalan dengan Sue, teman pengiring Lina. Panjang ceritanya bagaimana kami bersatu dalam kumpulan Razy ini. Perut mula kelaparan. Dengan penuh confident kami berjalan kaki di sepanjang Church Street itu mencari kedai makan. Petang tadi berderet kedai makanan Arab masih dibuka. Tapi sekarang semuanya sudah ditutup. Mujurlah kami menemui sebuah kedai kebab dan burger yang masih dibuka. Alhamdulillah sebiji kebabnya sudah mampu mengenyangkan perut kami berdua. Terpaksa kami tapaw sebiji kebab lagi untuk dibawa pulang.
Memilih aneka kebab, burger & pizza

58 comments:

  1. askm macam mana nak contact kak umi? wassalam

    ReplyDelete
  2. M.Fakhrurrazy M.AriffNovember 25, 2011 at 8:34 AM

    W'salam tuan Arimin.. saya dah send mesej ke dalam inbox tuan. TQ!

    ReplyDelete
  3. A'kum, tumpang tanye. Macam mane nak book bilik apartment K.Umi? Email saya, siputetm33@yahoo.com.

    ReplyDelete
  4. Salam tuan, boleh bagi no contact kak umi tak. Ini email saya kadir@ukm.my

    ReplyDelete
  5. A'Kum. Saya akan ke London pada awal April 2012, tempat tinggal belum booking lagi. Harap tuan tidak keberatan untuk explain macamana nak book bilik apart. Kak Umi. Dapat no contact pun ok juga. Tolong email saya ye, ramizah_abdrahim@yahoo.com

    ReplyDelete
  6. Salam En Kadir & Cik Ramizah
    Saya telah emel jawapan. TQ!

    ReplyDelete
  7. Terima kasih banyak tuan. Kadir

    ReplyDelete
  8. Salam tuan, atas bantuan tuan, saya dah tempah bilik dgn kak umi. Dah bayar deposit pun. Tq banyak2 tuan. Kadir

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tuan,
      Alhamdulillah semoga selamat pergi dan pulang!

      Delete
  9. salam tuan, menarik citer ni. Macam mane nak book bilik apartment K.Umi?

    1- mohon email kat saya, deanhsn@gmail.com
    2-tolong dptkan alamat penuh apartment tu

    thanks

    ReplyDelete
  10. Salam tuan,
    saya sudah reply ke emel tuan.
    TQ

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum,

    Boleh dapatkan contact number Kak Umi. Thanks

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum,

    Boleh dapatkan contact number Kak Umi. Thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..
      InsyaAllah.. sila berikan emel tuan.

      Delete
  13. Assalamualaikum..blh saya tahu macamana nak buat booking dan berapa harganya?Minta tlg email saya munaliza_musa@yahoo.com terimakasih

    ReplyDelete
  14. Waalaikumsalam cikpuan
    Saya sudah emel. Terima kasih!

    ReplyDelete
  15. Salam tuan... menarik perjalanan tuanke eropah..... boleh tolong emailkan saya no telefon dan alamat kak umi apartment ke email idastc@gmail.com... JazakaAllah...

    ReplyDelete
  16. Terima kasih cikpuan kerana melayari blog ini. Alamat dan nombor telefon Kak Umi telah saya emel.
    Syukran!

    ReplyDelete
  17. tuan,

    assalamualaikum.. boleh email saya email dan no telefon kak umi. terima kasih.

    Azhar (azhar.rahim88@gmail.com)

    ReplyDelete
  18. Terima kasih tuan kerana melayari blog ini. Saya telah emel alamat & nombor telefon Kak Umi.
    Terima kasih!

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum,

    Saya akan ke London hujung bulan ini dan bercadang untuk menginap di apartment Kak Umi. Boleh emelkan alamat dan no telefon beliau?

    terima kasih.

    Mazleen. (mazleen70@gmail.com)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih cikpuan kerana mengunjungi blog ini. Alamat dan nombor telefon Kak Umi telah saya emel.

      Delete
  20. salam,

    boleh saya dapatkan contact/email untuk penginapan Apartment Kak Umi, fade3la@hotmail.com tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam
      Saya telah emel alamat dan nobor telefon Kak Umi. Selamat berlibur!

      Delete
  21. salam tuan, seronok sy membaca blog tuan.. mohon emelkan saya contact/email kak umi untuk penginapan apartment.. terima kasih tuan.. email sy: izow_terminator@yahoo.com.my / hafiz@ns.gov.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tuan,
      saya telah emel alamat & nombor telefon Kak Umi untuk rujukan tuan.
      Selamat mengembara!

      Delete
  22. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  23. salam, boleh sy dpt maklumat apartment kak umi tu? noyoi_noyoi@yahoo.com tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      saya telah emel alamat & nombor telefon Kak Umi.
      Selamat berkonvoi!

      Delete
  24. Salam,
    Boleh inform how to contact kak umi apartment. My email
    sweetie_delly@yahoo.com
    TQ :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..
      Saya telah emel maklumat Kak Umi.
      Selamat mengembara!

      Delete
  25. Assalam,

    Boleh saya dapatkan contact number apartment kak umi? pls email ida.cleo@gmail.com. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam
      Saya telah emel maklumat yang puan perlukan. Selamat berlibur!

      Delete
  26. salam.

    Boleh saya dptkan contact no.apartment kak umu? Ini email saya "hisham.coke02@gmail.com".Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam

      Saya telah emel maklumat tuan perlukan. Selamat mengembara!

      Delete
  27. Assalamualaikum,
    Boleh emailkan detail apartment kak ummi ke sabamn72@gmail.com.
    Terima kasih banyak

    ReplyDelete
  28. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  29. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  30. Assalam..boleh sptkan contact no n email apmt umi? One more..jika ada sapa2 nk join KC trip May-June 2014 conquest of Europe 14 days..jom join grup kami.. kalo anda lom booking lagi laa...rosselinn@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam..
      Saya telah emel maklumat berkenaan. Selamat berlibur!

      Delete
    2. sy & wife pun join trip may-jun ni...tp kami dh pun booking...

      Delete
  31. Salam,

    Boleh dapatkan contact dan email kak umi?
    Minta email saya nadia_adnan88@yahoo.com

    ReplyDelete
  32. As salam..minta no contact pn.umi yerr..sy mb hujung tahun k london...nak booking awal2... thanks...
    checidda81@gmail.com

    ReplyDelete
  33. Salam,

    Boleh saya dapat kan email dan contact number Kak Umi?
    Saya akan ke London pada bulan July.
    eykazawawi@gmail.com

    Terima Kasih.

    ReplyDelete
  34. salam,

    nama saya noor'ain dan saya ingin mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan apartment kak umi di london. boleh tak e-mail kepada saya no. contact/ e-mail kak umi...e-mail saya: camandim@gmail.com terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Pn. Noor'ain
      Saya telah emel maklumatnya. Selamat ke London!

      Delete
  35. assalamualaikum mtk contact no kak umi pls..salwapc@gmail.com tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Pn. Salwa

      Saya sudah emel maklumatnya. TQ!

      Delete
  36. Assalam. Mohon ctc no kak umi. Tq

    ReplyDelete
  37. assalamua'laikum, Bolih minta tolong emailkan saya contact untuk penginapan Pn. Umi di London. Saya bercadang nak menyewa apartment beliau in Jun 2015.
    Terima kasi.
    e.mail saya: baitynor@yahoo.com

    ReplyDelete