Kami bersarapan roti dengan jem dan minuman segera yang disediakan oleh para jelitawan yang menyertai rombongan ini sementara menunggu kedatangan Aman sebagai pemandu pelancong kami hari ini. Azri tidak dapat mengiringi kami kerana urusan pembelajarannya di universiti dan tempatnya digantikan oleh Aman rakan seuniversitinya. Aman juga mempunyai page di FB yang mempromosikan cuti-cuti Korea di laman Cuti-cuti Korea (Muslim Style).
Seusai kedatangan Aman kami berjalan kaki ke perhentian bas untuk menunggu bas ke ibukota. Cuaca pagi itu agak dingin menyebabkan setiap gerak langkah kaki tidak terasa keletihannya.
![]() |
Di hadapan Stay Korea Hostel |
Kami berjalan di deretan kedai-kedai yang menjual pelbagai jenis barangan seperti pakaian, herba ginseng, makanan tradisi dan sebagainya. Kami singgah di sebuah kedai yang menjual sejenis kuih tradisi Korea. Kukul Tarea adalah sejenis kuih tradisi yang diperbuat dari madu dan menjadi santapan pencuci mulut para raja. Keunikan pembuatan kuih itu serta keramahan para penjualnya cuba berbahasa Melayu membuatkan kami terleka dan terus membeli kuih tersebut. Memang sedap!
![]() |
Ayat-ayat ngorat para wanita menjadi ayat wajib dilafazkan oleh para penjual kuih |
![]() |
Perut Melayu yang tetap mahukan nasi |
Seharian berjalan di kota Seoul tidak terasa kepenatannya namun perut tetap minta diisi setiba waktunya. Kami mengikuti Aman ke hulu ke hilir untuk mencari kedai yang sesuai untuk makan malam. Akhirnya kami singgah di sebuah kedai dalam perjalanan pulang ke penginapan. Kedainya cukup ringkas namun santapannya betul-betul mengenyangkan aku. Alhamdulillah!